Assalamualaikum.

DSCK yang lama ditinggalkan,

Pada petang April 1, 2013, keluarga kami diuji olehNya dengan kepulangan Allahyarham Hamzah suami kepada adikku jam 2 petang ke rahmatullah. Tanpa kata selamat tinggal, dia pergi menemui Kekasih Abadi, keluarga kami dirundung duka selama berhari-hari.

Allah Maha Besar!

Sesungguhnya, aku tidak pernah berasa begini rupanya sebenar-benar kehilangan. Begini rupanya bila insan yang dekat dengan kita yang selalu kita lihat, bergurau, bercerita kini telah tiada. Apalagi perasaan yang dialami ‘teman hidupnya’ sendiri, bahkan kita yang di sisinya tidak akan dapat merasa betapa hancurnya hati bila insan tersayang pergi buat selama-lamanya. Melihat mata adikku pun aku tidak sanggup. Aku lemah menangani perkara yang sebegini. Hinggakan ditenangkan oleh sepupuku yang berpesan, jika kita tidak kuat bagaimana pula nantinya bila kita mendampinginya? Bagaimana harus kita memberi semangat padanya bila kita sendiri gagal mengawal perasaan?

Benar kata orang, berat mata memandang apalagi bahu yang memikul. Benar itu.

Kita lihat, kita sabarkan, kita peluk dia, kita sama-sama berduka sepertinya, tapi tidak sama. Tidak sama rasanya. Itulah penambah pedih di hati-hati kami ahli keluarganya. Begitu rasanya kehilangan.

Allahyarham baru berumur 32 tahun, meninggalkan isteri beserta 3 anak perempuannya berumur 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun juga zuriat yang dijangkakan akan lahir pada 13 Jun tahun ini. Allahyarham pekerja dedikasi, disenangi rakan sekerja dan keluarga, peramah, suka bergurau, dia ialah ORANG KEGEMARAN kami. Bagi mereka yang pernah berurusan dengannya di bahagian KP, JPN KK dan kemudiannya berpindah ke bahagian Warganegara, JPN, KB pasti akan terkenang keramahannya.

485357_4189751476979_216635757_n

Begitu rasa kehilangan dan begitu rasanya diuji.

Aku kurang layak berbicara tentang aturan Tuhan atau Qada’ dan Qadar di sini, tapi aku dan kami telah belajar dari ujian ini dan kami redha ya Allah!

398409_3321150802505_1028255459_n

430781_3696778512963_1465830086_n

Semoga adikku tersayang diberi kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupan mendatang bersama anak-anak. Allah sentiasa bersamamu, kami akan selalu di belakangmu. Ingat ini, anak-anakmu, anak-anak kami juga. Berbahagi kita beban yang kau pikul tika ini. Kaulah bapa, kaulah ibu, kaulah ketua keluarga sekarang, kau adikku Neng yang berhati WAJA.

Al-Fatihah.

mamajnjnj @ anangsue

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s